PENGENALAN

  

  

      Ceper ialah sejenis permainan yang menggunakan penutup botol minuman kaca. Ia merupakan salah satu permainan tradisional yang sering dimainkan oleh golongan kanak-kanak sama ada lelaki mahupun perempuan. Ceper ini kebiasaannya akan melibatkan dua orang pemain ataupun lebih.Cara permainan ini ditentukan dengan mengira jumlah ceper yang berjaya diperolehi.Semasa menimbang ceper tersebut,sebagai contoh satu ceper mewakili 20 markah.Teknik permainan ini menggunakan geseran pada ceper yang tersusun bertindih menegak.Pemain hendaklah menjentik ceper yang ditentukan oleh pihak lawan supaya mengenai ceper yang dikehendaki.

    Pemenang akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan dikira mengikut markah.Peraturan ini ditentukan apabila ceper yang bertindih dua dipanggil ayam manakala yang bertindih tiga dipanggil jamban dan ceper yang bertindih empat dipanggil bunga.

     Flat atau "Penutup Botol" adalah permainan berdasarkan penggunaan penutup botol 5 keping (sekarang ini boleh dari penutup botol kicap). Inilah antara permainan tradisional yang sering dimainkan oleh kanak-kanak. Flat ialah permainan popular sekitar 1970-1980.

    Permainan biasanya melibatkan dua dan lebih pemain. Cara bermain permainan ditentukan dengan mengira bilangan flat yang berjaya didapati semasa penimbangan. Flat akan mewakili dua tanda.